Zaza.Watie Duniaku…..

Kisahku Bermula disini….

LOREAL WAREHOUSE SALE – ALOR STAR!!! November 11, 2009

Filed under: My stories — zazawatie @ 8:49 am

setelah lama aku tak buka website ni–http://www.shoppingnsales.com/..tetiba tadi aku buka lah..sebab raya aji ni nak balik KL..so nak tengok lah kot2 ada warehouse yang aku leh terjah time tu. kot2 ada warehouse makeup ker!!!! layan gak….blusher aku pun nak abis ni.

tetiba aku tengok LOREAL WAREHOUSE SALE – ALOR STAR…wahhhhh aku sangatlah teruja….dia buat kat ALOR STAR…OMG!!!!!…..sangat teruja okay….harus lah aku pegi kan…beznyer!beznyer!…

13 – 14 November 2009 : L’Oreal Warehouse Sale-Alor Setar

Posted by shopmore in beauty, bodycare, cosmetics, ladies, skincare, warehousesales

20091113 Loreal Warehouse Sale-Alor Setar2

13 to 14 November 2009

L’Oreal Warehouse Sale-Alor Setar

Up to 60% Off

Brands Offered

L’Oreal Paris

Maybelline

Garnier

Time: 10am – 10pm

Location

Hotel Grand Crystal Alor Setar

40 Jalan Kampung Perak

05100 Alor Setar

Kedah Darul Aman

Malaysia

 

My Wedding – Part 2 November 5, 2009

Filed under: My wedding — zazawatie @ 4:38 am

All my fren yang datang memeriahkan majlis aku. ada yang tak sempat nak bergambar..tengok dari jauh jerkkkk. Thanks kekawan even tho tak der gambar kat cn but i still appreciate it.

time ni baru dapat jumpa korang. thanks liza, zura, noyu and liza sebab hangpa sudi mai dari jauh datang kenduri aku. aku terharu sangat2. tapi aku terkilan gak sebab x leh nak layan lebih2. Insya…kenduri hangpa nanti aku mai na…..ayu pun sama…walaupun tak jauh sangat tapi aku tetap hargai…geng2 kita yang aku tak sebut nama & tak dak gambar kat cn pun sama..thanks a lot!!..

geng poli

ct.as.lin.midah meriah korang aritu…tak sempat ambik gambar ngan yan. yan balik awal kot…nasib dapat ambik gambar ngan korang..high value dis picture. kita kan susah nak hang out together..masing2 dah ada comitment sendiri. dapat tengok anak midah….ct bila lagik nak ada baby ni hehe….pas ni kita nak pi serbu kenduri saper plak???jeng…jeng…jeng…..THANKSSSSSS KORANG.

pernec 1 []

Geng havoc in de world…tak sepi ngan gelak. korang sangat sporting tau…berseri album aku ngan gambar korang.  aku dah susah nak jumpa korang cam dolo2….thanks a lot mai wedding aku!!. thanks jugak sebab tunggu lama nak ambik gambar together…kalau layan lagik aku rasa mmg buleh meletup2 gambar kan hehee…

geng perhentian

aku baru perasan gambar sharax tak der kat geng atas…rupanya dok kat cn hehe. thanks aan.zura and sharax sebab ingat nak mai kenduri aku…..and partner2 hangpa sekalian. sweet gitu gambar ni. act sopan jer tu. pasni partner mana nak naik pelamin hehe…mana partner ko sharax??

 

Pesta Tang Lung PTSS November 5, 2009

Filed under: Kerja aku — zazawatie @ 1:29 am

aku sangatlah excited nak pi pesta tang lung ni.  All managed by chinese students. ada mcm2 show. time ni lah nak tengok bakat terpendam hehe.Depa gantung tanglung sepanjang-panjang jalan nak pi hostel..so malam tu poli nampak sangat cantek. aku mcm nak tengok depa hanyutkan tanglung kat tasik…tapi tak dak..kang terbakar lak poli ni hehe 

time ni baru sampai depa suh write down 3 wish then

gantung kat pokok.

also has booth jual-jual. sedap ker cokolat ni??….beria izzah nak beli.

dapat makan kuih bulan.

dapat tang lung free….student dapat yang kecik jerk. aku nyer tanglung cantek gak…thanks!.

 

Program Usahawan ICT November 1, 2009

Filed under: Kerja aku — zazawatie @ 12:38 pm

Fuhhh..aku baru settle program usahawan ICT initiative from MSC,MDEC,KPT&NEF. sabtu and ahad….mmg letih. Just 2 days prepraration. Rabu meeting and khamis&jumaat all out.mmg busy sesangat!!…yang paling tak beznyer sebab tak dapat balik penang huhu…..nak wat cam maner…commitment keja. Pengarah pun harapkan de best from we olsss bcoz kami ni poli perintis or 1st politeknik yang run program ni,program ni biasa buat kat University sahaja. So, of course lah kami harapkan program ini success. Aku pun 100% support program mcm ni. Ermm… yang paling penting student. Ni peluang depa untuk jadi usahawan ICT and to get 150k. Bukan ckit okay…..RM150,000 boleh beli rumah sebijik!!. Aku yakin mesti ada 2,3 org student yang ada talent jadi usahawan. By next week boleh dapat tau nama student yang berjaya for 1st stage ni.

 

My wedding……[Part 1] October 26, 2009

Filed under: My wedding — zazawatie @ 1:38 am


Hari Bersejarah dalam Hidupku…

Tanggal 27/9/09 (Ahad) dengan sekali lafaz aku telah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang amat aku cinta. Sebagai seorang anak…rasa sebak didada turut aku rasai. Airmata kesyukuran mengalir tenang di pipiku…melihat wajah suamiku, tergambar seribu tanggungjawab yang bakal aku pikul. akan aku cuba menjalankan setiap amanat itu dengan sebaiknya.

bersama bonda tercinta.

Untuk nikah, aku pilih baju kaler putih..kenapa??…putih bersih, suci….dah yang paling penting aku rasa putih sesuai ngan aku. nampak aku anngun jer gitu hehe…

Majlis akad nikah simple sahaja. Aku buat hari yang sama ngan sanding. Nak save cost hehe….lagipun kakak aku pun buat mcm tu dulu. lepas nikah family semua pegi dewan. masing2 sibuk…..so adik aku teman aku balik rumah nak make-p and ganti baju for sanding plak…lama jugaklah dia make-up balik time nak sanding ni…nampak lain lah ckit dari time nikah kan..

SANDING.

Masa masuk2 jer dewan ni…aku sempat usha sekeliling dewan…ermm ramai jugak yang datang. Mata aku tertumpu kat satu sudut ni…”naper tak der scallop dinding??”rasa mcm dalam resit ada jerk…so aku biarkan dulu. kaki aku terus melangkah ke pelamin. Pelamin simple jerk..aku ambik yang murah2 jerk…actually dewan tu tak leh bersanding pun. so aku pasang juz untuk bergambar…aku ambik pelamin cream color.

 

[3 days] September 24, 2009

Filed under: Aku dan Dia — zazawatie @ 1:33 am

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI….MAAF ZAHIR DAN BATIN….

Disaat tinggal 3 hari jer lagi aku sangatlah nerbes….dok terpikir..depa mai ke kenduri aku nanti?..yang tu aku paling takut. Aku tetap berdoa semoga semua jemputan mempunyai kelapangan untuk datang ke kenduri aku. Musim2 raya ni..org banyak aktiviti. Duit pun dah pokai. Persiapan :
- Semalam kerah tenaga anak2 menakan aku packing gula-gula..dari umur yang 3 tahun sampai darjah 3. 3 org jerk hehe. aku kena monitor jugak, kang depa masukkan plastik gula2 jer hehe. tapi budak sekarang bijak..kecik2 dah pandai wat keja –

- sat lagi aku nak pi ambik baju sanding kat orange bridal….-
- Malam ni nak packing kerepek lak. –

 

[15DAYS]Excited tahap gaban September 11, 2009

Filed under: Family — zazawatie @ 11:27 pm

Minggu depan balik kampung. Giler excited tahap gaban aku nak balik!!. ramai cakap sebab aku tak sabau nak kawen..apa kes??? tu dah mmg2 kan??…tak kan lah tak suka kot nak kawen??. but the most ever excited aku mmg nak balik umah okay. Hujung2 puasa ni aku rasa kena banyakkan lagi amal ibadat..baru sekali aku pi terawih, teruk sungguh. Tahun lepas tak mcm ni pong..apa kes aku ni??…Apa aku buat ek?? pas buka pose aku rasa ngantuk giler..normally kul 10 lebih mmg aku dah tidor. tak leh tahan mata. Tapi pas sahur mata aku leh tahan sampai pagi..biasanyer cam tu ler!ada gak tak tahan tengok bantal hehe!. boleh lah baca quran ckit2 kan. Dalam gumbira2 aku nak kawen tu terselit jugak ler kesedihan huhuhu. Sedih lah beb…issshhh tak leh pikir arrr, nak adapt ngan family baru, hopefully they can accept me as i am. My fren cakap..wat muka slamber ko tu jerk. ye..mmg boleh aku wat cam tu but still nebess tu ada kan. Nanti rindulah ngan MAK aku..mak selalu suap aku makan, jgn tak tau hehe…pasni suh husband ler hehe..

 

Duit seringgit & lima puluh ringgit September 11, 2009

Filed under: My stories — zazawatie @ 1:29 am

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit

dan bertanya:

“Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
“Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………’SURAU…., MASJID……., SURAU………”

 

[21 DAYS]Checklist apakah? September 5, 2009

Filed under: Aku dan Dia — zazawatie @ 11:17 pm

checklist-cover

Ada beberapa bende yang tak settle lagi dan aku mcm malas nak buat

1. Pungah stor carik DULANG HANTARAN.

Ini sangat lah bende yang paling malas aku nak buat. aku tak suka betul nak pi cari2 barang dalam stor ni. Buka besar pun stor tapi malas tahap gaban ni mengatasi segalanya. Arini aku bangun pagi2 dengan semangat jati diri yang kuat mahu mengeluarkan dulang tu hehe…tapi sempat lagi blogging. hehe..haruslah kan

2. Kemas BILIK PENGANTIN

ni pun malas nak buat sekarang. mcm nak buat pas raya jerk. nak mintak tulun adik aku mau dia mengamuk, banyak bender dah yang dia berkorban demi aku TAPI…aku dah belanja dia satu baju hehe..katanya tak cukup. HAMPEH!!!….

Things yang aku rajin nak buat tapi tak sempat nak buat lagi.

1. JUMPA EMMA PESONA

Bila nak pi ni?…petang ni kot. kena cari masa jugak. Emma pesona dia mak andam aku nanti. Tak sempat lagi nak jumpa dia. booking and paid deposit semua thru internet sahaja.

2. Dry cleaning baju nikah

Pas balik dari JLN TAR mencari tudung nikah…
Semalam cakap ngan kakak aku…seminggu bef wedding aku nak relekssss…time tu aku tak nak buat apa2 keja. Aku mau lepak arahkan org buat keja..then kakak aku cakap : JGN HARAP..huhu…hampeh sungguh kakak aku ni….

Semalam pi tengok homestay kat wangsa maju depa care4. Rumah double storey, corner lot. rumah mmg cantek dan selesa rege pun leh tahan. semalam RM380. tapi mmg puas hati lah. besar&bersih&kemas.sesuai tuk family yang ramai. Abah aku kata OK apa lagi terus booking arr..

 

MY STUDENT September 4, 2009

Filed under: My stories — zazawatie @ 4:45 am

Semalam dok lepak sembang-sembang ngan student aku. Budak2 sem 1. Layan gak sembang ngan dorang ni.

Just nak inform, ingat lagi tak aku penah story about my OKU student. he has decided to transfer poli. The reason was he can’t managed to turun-naik tangga anymore, so tired!!. sound like give up lah. i try to give a bit support to him to stay here because if am not mistaken, we were 1st politeknik that run& offered DNS course(Diploma Network System) which is majoring course for network specialist.Once you complete ur Diploma u will get CISCO cert also, package gitu.Tak yah susah2 nak ambik cert CISCO dah. but u hv sit for the exam 1st lor.Normally they just offered course for IT (Information Technology) to public which is general course lah kan.

My expectation is, if he can handle this semester naik turun tangga bagai, so for the next semester should be easier to him to managed well. However it is, i’ve to respect his decision. Tuan badan yang menaggung beban lebih mengetahui. Aku pun paham our environment mcm mana. I should let him go for his career in future.