Hari Bersejarah dalam Hidupku…
Tanggal 27/9/09 (Ahad) dengan sekali lafaz aku telah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang amat aku cinta. Sebagai seorang anak…rasa sebak didada turut aku rasai. Airmata kesyukuran mengalir tenang di pipiku…melihat wajah suamiku, tergambar seribu tanggungjawab yang bakal aku pikul. akan aku cuba menjalankan setiap amanat itu dengan sebaiknya.
bersama bonda tercinta.
Untuk nikah, aku pilih baju kaler putih..kenapa??…putih bersih, suci….dah yang paling penting aku rasa putih sesuai ngan aku. nampak aku anngun jer gitu hehe…
Majlis akad nikah simple sahaja. Aku buat hari yang sama ngan sanding. Nak save cost hehe….lagipun kakak aku pun buat mcm tu dulu. lepas nikah family semua pegi dewan. masing2 sibuk…..so adik aku teman aku balik rumah nak make-p and ganti baju for sanding plak…lama jugaklah dia make-up balik time nak sanding ni…nampak lain lah ckit dari time nikah kan..
SANDING.
Masa masuk2 jer dewan ni…aku sempat usha sekeliling dewan…ermm ramai jugak yang datang. Mata aku tertumpu kat satu sudut ni…”naper tak der scallop dinding??”rasa mcm dalam resit ada jerk…so aku biarkan dulu. kaki aku terus melangkah ke pelamin. Pelamin simple jerk..aku ambik yang murah2 jerk…actually dewan tu tak leh bersanding pun. so aku pasang juz untuk bergambar…aku ambik pelamin cream color.










