Penyusuan Kali Pertama
20 Jun 2011 1 Comment
in Uncategorized
masa pregnant aku tak expect pun menyusu for the 1st time agak susah jugak. so aku tak kaut ilmu banyak mengenai menyusu ni. cumanyer, bila nurse tanya samaada aku nak menyusu anak aku penuh or tak..aku cakap “tentu sekali”…..nurse pun adalah bagi info jugak.
masa kat hospital, safiyya tak meragam nak susu sangat sebab dia kenyang kot. aku rasa hospital dah bagi susu formula. aku rasalah…sebab memanjang tidur je. so dia hisap nak tak nak lah..bila dah balik rumah..segalanya bermula……..
dia asyik nangis nak susu jerk..susu tak cukup ker? dengan sakit bersalin. sakit kat cik B sebab 1st time kan. bila dia nangis nak susu jerk aku rasa mcm fobia nak bagi sebab sakit…ishh teruknyer aku time tu. tapi..aku kuatkan semangat nak bagi susu ibu jugak. Bila dia asyik menangis mak aku pun mulalah cakap tak cukup susu…actually mak kesian kan aku sebab malam tak cukup tidor….so, mak suh campur dengan FM(Formula milk). tapi akak aku dia bertegas jugak suruh kc susu badan. aku takkan lupa kata-kata dia
“ko akan menyesal kalau ko bagi susu formula”..wah!!! tak ngeri ke dengar. Mana satu aku nak dengar cakap ni mak ke kakak?????…dan aku sendiri yang tengah sakit kat cik B yang baru nak biasa dengan baby. dah duduk dengan mak kan, dan hari2 mak suh beli FM aku pun akhirnya pasrah membeli susu formula. aku tak salah kan mak sebab mungkin knowledge mengenai penyusuan susu ibu kurang dan mak rasa org yang bekerja mmg akan bagi susu formula jugak nanti.
bila akak aku tengok aku dah start bagi FM dia punyalah marah(marah2 sayang hehe). aku sendiri sedih …tapi aku tak stop susu badan. aku bagi fm bila betul2 dia nangis. adalah sekali dalam sehari. bila dah seminggu lebih mcm tu, aku rasa susu badan aku baru start banyak..so aku stop terus FM.aku rasa dalam hari ke-20 kot aku stop FM. punyalah awal aku bagi FM kan. antara sebab aku stop FM,
bila aku bagi FM kat safiyya ada jer yang tak kena, dia kembunglah, ciritlah…meragam. so, aku ngan husband decide stop terus FM.
sekarang kakak aku boleh tersenyum melihat adik kesayangan dia memberikan susu badan eksklusif kepada Alessya Safiyya, alhamdullilah…setakat ni (safiyya 4 bulan lebih dah). dan aku berharap Allah kuatkan semangat aku untuk menyusukan Safiyya selama 2 tahun. dan aku berdoa kepada semua ibu2 out there agar diberi peluang dan kekuatan untuk menyusukan anak secara eksklusif.
aku sendiri sekarang sangat selesa. cik b dah tak sakit. rasa bahagia bila melihat anak aku membesar dengan susu badan sendiri. hari2 tak sabar nak jumpa safiyya..
kenapa kakak aku marah sangat bila aku bagi FM???….
experience dia sendiri. anak sulung dia menyusu badan selama 6 bulan secara eksklusif tapi anak ke-2 dia menyusu badan sebulan sahaja. anak ke-2 dia mudah kena penyakit (demam, selesema dll) tapi anak sulung dia kuat antibodi alhamdullilah..dengan izin Allah.




Aug 14, 2011 @ 04:51:29
Aku doakan ko berjaya menyusukan alisya.aku pun masih bf lagi.
walaupun dah keje.hehehe..
slamat berpose fren