Category Archives: My stories

Virakwan wedding day

Standard

Dapat juga pergi wedding virakwan. Teringin nak tengok mcm mana wedding org siam. Virakwan dah sediakan makanan untuk org melayu. Mmg diasingkan. kalau tengok bahasa, cara pergaulan, makanan lebih kurang melayu. kadang2 muka pun nak sama mcm melayu…sweet betul baju virakwan pakai. petang pakai dress pulak tapi tak sempat nak tengok. kena balik office sebab kenduri hari Rabu. Budaya siam depa akan pilih tarikh mcm tilik lah. cara dia lebih kurang mcm tarikh lahir pasangan digabungan untuk dapat tarikh perkahwinan(v, betul ker ni hehe..).

sejak dah mengajar kat PSP ni mmg lama tak jumpa kawan2 kat ptss(politeknik syed sirajuddin,perlis) so, ambik kesempatan pergi kenduri virakwan sambil2 jumpa depa.

hilang rindu kat ampa semua. Teringat zaman2 dok jauh ngan husband dulu. paling sedih bila mengandung makan pun tak lalu(kisah sedih).

muka alessya yang terkejut tengok pengantin cantek sangat. boleh plak time pergi kenduri virakwan ni dia buat hal tak nak kat mak dia. sampai kan member tegur cakap “awat anak hang taknak kat hang ni,” depa tak tau kalau dia nak tidor mesti kena bau ketiak mak dia dulu baru lena tidor hehehehe….(BF kan…)

 

Rindu pada SUNGAI GOMBAK

Standard

Rindu pada gombak…kadang2 terpikir camner aku yang rapat ngan
family ni punya kekuatan untuk duduk jauh.dahlah belajar jauh, keja pun jauh jugak!!!! kawen pun ngan
org jauh….errrmmm adakah sebab nak kejar cita2 aku..nak jadi seorang pensyarah. so grab je lah mana2 peluang yang datang kan.aku dah jadi pensyarah sekarang..fuhhh mcm mimpi jerkk!!!!.dah setahun beb
aku kat cn..teringat time mula2 sampai cn..

addoiiii sedih gilerrrr…..PERLISSSSS…tak penah nak ambik port pun. Yang aku tau kat c2 ada padang besar jer. dolo lah kan, teringin sangat nak pi pdg besar tu. org dok kata barang murah2. teruja aku. LA NI…nak muntah dah tengok hehe.

aku ambik masa lebih kurang 2 mggu nak biasa dengan member & opis baru. tak lama kan.
ermmmm biasalah mesra alam kan.Awal2 masa kelas dulu,penah jugak aku dapat message nak berkenalan. terasa glamer sekejap.  aku rasa cam dari student jerk. budak2 punya ayat mcm aku tak leh nak tau. “Hai, Boleh berkenalan??” “Dah makan ke?” “Malam ni makan ape?????”alahai…maleslerrr aku nak layan….

dah 3 semester aku mengajar. makin improved. banyak yang aku belajar. makin serasi ngan student&subjek yang aku ajar. kira power lah sekarang hehe.POYO!!.

Lebih kurang 6 bulan dah aku dok jauh ngan husband. PJJ.Perkahwinan jarak jauh…weekend wife.
Jauh ngan husband ni tak bez lah…honestly!!…aku nak jumpa husband aku hari2…perghhh jiwang
lak.aku akan tetap sabar menanti saat aku dapat tukar. indah nyer saat itu….Bila dok jauh terasa mcm
zaman bercinta dulu hehe. Hantar msg..bergayut kat telefon…hehe…..

Tidak sedarkah anda wahai C***???

Standard

Tok nenek moyang anda dulu telah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan jika ingin terus tinggal di tanah melayu. Sekiranya tidak, anda2 semua ini akan dihantar pulang ke negara masing2. dan perlu diingat………jika anda dihantar pulang belum tentu anda akan diterima baik oleh negara anda sendiri.

Lahirnya generasi sekarang yang hanya tahu memberontak tanpa mengkaji sejarah yang lepas.

Tanah kami. akan tetap menjadi tanah kami selamanya……..Masih perlu kah diingatkan?Anda hanya menumpang di tanah kami????

Kat skul tak dak subjek sejarah ker??..tengok mcm budak2 jer dorang ni.

Selamat Pengantin Baru Lisa

Standard

28/2/10. Meru, Klang. Aku tak dapat join ahad sebab ahad tu nak balik perlis dah..so saya pergi hari sabtu. Sabtu akad nikah and malam berinai. So sy stay petang sampai malam.  She’s my best fren since politeknik till now.  Selamat pengantin baru lisa. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Mendapat zuriat yang soleh dan solehah. dan dapat menjadi isteri yang baik.

Tahap kesabaran dah maximum…

Standard

Kemarin tahap kesabaran aku ngan student2 aku dah sampai maximum. aku suh diam bertambah bising. bising tu tak pe lagi, ni ada yang dok ajuk2 aku cakap!!. aiiii tak boleh sabar plak aku. aku pun apa lagi dengan nada suara yang tinggi, aku suruh semua diam dengan ayat aku

“awk ni tak paham bahasa ker???nak suruh saya cakap guna bahasa apa lagi??bahasa melayu pun tak paham!!!!!”

baru semua diam terkedu.aku sambung lagi

“Dari awal saya masuk kelas ni satu tabiat awk yg saya perasan suka mengajuk2 lecturer cakap” Kalau perangai awk kat cn mcm ni tak mustahil kat rumah pun awk suka mengajuk2 parents awk cakap……

semua diam…..

Mencabar betul nak mendidik budak2 sekarang ni. Kalau bagi muka naik kepala. tapi tak semua mcm tu. disebabkan 2,3 orang effect satu kelas.

Semester ni aku baru mengamuk kat satu kelas..so far kelas2 yang lain ok jerk. aku marah pun sebab aku sayang kat depa. aku tak mau depa gagal subject aku ni. Target aku semester ni semua student aku lulus dengan cemerlang…