untie anne vs cakoi

Standard

Cakoi versi moden. ala2 untie anne gitu hehehe…RM2..saper2 nak cuba boleh datang ke Politeknik Seberang Perai.

yang ni bukan cakoi nyer..yang ni original untie anne..sedapnyer!!!!..

 

Advertisements

Pil tambah susu

Standard

Bagi ibu2 yang menyusukan anak mesti risau bila susu mula merundum kan. aku pun mcm tu jugak.susah nak maintain production kalau menjadi seorang ibu yang berkerjaya mcm aku kononnyer!!!!. awal2 penyusuan dulu mmg sangat risau dan tension mcm2 makanan try makan. susu halba, jantung pisang, soya mcm2 lagi lah…

kita hanya mencuba dan berusaha disamping berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t supaya dipermudahkan segala urusan kita. aku bukan nak promote pil tambah susu. dan aku bukan dealer kepada produk susu yang aku makan ni. sekarang aku cuma maintan ubat ni sahaja disamping mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk kesihatan anak dan juga badan sendiri.  Safiyya pun dah masuk setahun. dah mula makan solid food.so, susu dah mula kurang. alhamdullilah…setakat ni cukup untuk stok dia hari2. tapi stok mmg dah tak beriah mcm dulu. susu beku pun ada 3 botol jer.kalau kena pergi kursus seminggu tinggal anak aku pun tak tahu nak buat mcm mana.

Bagi aku siapa yang fully BF sampai 6 bulan aku dah respect!!…bukan senang nak maintain production dan nak displin pumping hari2 di office. so, to mommies out there saya tabik spring pada kamu yerrrrrr…..

aku pam 2x,pagi and petang. pagi dalam 11.00pg,tengok pada class.kadang2 kul 12 baru pam. semester ni plak kelas kul 8 memanjang. busy mcm mana pun aku try my best to manage my time well.

 

aku pelupa

Standard

aritu boleh plak aku terlupa nak masukkan pampers dalam bag safiyya

dan aritu juga hset teringgal kat office masa gi class.

sampai jer office tengok punyalah banyak mc and call.selamat kelas kul 8-10pg jerk…

kak saba(BS safiyya) call n msg bgtau “zaza pampers anak tak bawak ker??”

tepuk dahi aku……alahai mcm mana aku boleh lupa nak letak pampers safiyya!!!!!!!!

lepas jer incident itu terus buat checklist letak kat fridge…

dan selepas itu hidup aku tenang dari call or msg  kak saba almost setiap pagi hehehehe…….

 

 

 

PHOTO MAGNET 2012

Standard

Photo magnet n bookmark sudah siap. gambar yang korang tengok ni aku dah tampal kat CPU di ofis..yang kecik2 tu bookmark..semalam aku dah potong 2 bookmark tu. satu aku letak dekat peti ais kat rumah dan satu lagi tentu2 kat ofis…untung jugak bookmark buat mcm tu kan.

aku beli kat milkaeal RM26 time tu. rasa mcm berbaloi2 hehehe…

Penyusuan Kali Pertama

Standard

masa pregnant aku tak expect pun menyusu for the 1st time agak susah jugak. so aku tak kaut ilmu banyak mengenai menyusu ni. cumanyer, bila nurse tanya samaada aku nak menyusu anak aku penuh or tak..aku cakap “tentu sekali”…..nurse pun adalah bagi info jugak.

masa kat hospital, safiyya tak meragam nak susu sangat sebab dia kenyang kot. aku rasa hospital dah bagi susu formula. aku rasalah…sebab memanjang tidur je. so dia hisap nak tak nak lah..bila dah balik rumah..segalanya bermula……..

dia asyik nangis nak susu jerk..susu tak cukup ker? dengan sakit bersalin. sakit kat cik B sebab 1st time kan. bila dia nangis nak susu jerk aku rasa mcm fobia nak bagi sebab sakit…ishh teruknyer aku time tu. tapi..aku kuatkan semangat nak bagi susu ibu jugak. Bila dia asyik menangis mak aku pun mulalah cakap tak cukup susu…actually mak kesian kan aku sebab malam tak cukup tidor….so, mak suh campur dengan FM(Formula milk). tapi akak aku dia bertegas jugak suruh kc susu badan. aku takkan lupa kata-kata dia

“ko akan menyesal kalau ko bagi susu formula”..wah!!! tak ngeri ke dengar. Mana satu aku nak dengar cakap ni mak ke kakak?????…dan aku sendiri yang tengah sakit kat cik B yang baru nak biasa dengan baby. dah duduk dengan mak kan, dan hari2 mak suh beli FM aku pun akhirnya pasrah membeli susu formula. aku tak salah kan mak sebab mungkin knowledge mengenai penyusuan susu ibu kurang dan mak rasa org yang bekerja mmg akan bagi susu formula jugak nanti.

bila akak aku tengok aku dah start bagi FM dia punyalah marah(marah2 sayang hehe). aku sendiri sedih …tapi aku tak stop susu badan. aku bagi  fm bila betul2 dia nangis. adalah sekali dalam sehari. bila dah seminggu lebih mcm tu, aku rasa susu badan aku baru start banyak..so aku stop terus  FM.aku rasa dalam hari ke-20 kot aku stop FM. punyalah awal aku bagi FM kan. antara sebab aku stop FM,

bila aku bagi FM kat safiyya ada jer yang tak kena, dia kembunglah, ciritlah…meragam. so, aku ngan husband decide stop terus FM.

sekarang kakak aku boleh tersenyum melihat adik kesayangan dia memberikan susu badan eksklusif kepada Alessya Safiyya, alhamdullilah…setakat ni (safiyya 4 bulan lebih dah). dan aku berharap Allah kuatkan semangat aku untuk menyusukan Safiyya selama 2 tahun. dan aku berdoa kepada semua ibu2 out there agar diberi peluang dan kekuatan untuk menyusukan anak secara eksklusif.

aku sendiri sekarang sangat selesa. cik b dah tak sakit. rasa bahagia bila melihat anak aku membesar dengan susu badan sendiri. hari2 tak sabar nak jumpa safiyya..

kenapa kakak aku marah sangat bila aku bagi FM???….

experience dia sendiri. anak sulung dia menyusu badan selama 6 bulan secara eksklusif  tapi anak ke-2 dia menyusu badan sebulan sahaja. anak ke-2 dia mudah kena penyakit (demam, selesema dll) tapi anak sulung dia kuat antibodi alhamdullilah..dengan izin Allah.

Pengalaman Pertama Melahirkan

Standard

Ibu kaulah segalanya!!…alessya safiyya lahir pukul 1.52pagi. pukul 4 petang aku dah start rasa sakit mcm nak period tu. husband sentiasa ada disisi. sampaikan dia nak solat pun aku suh cepat(tak elok sungguh). aku tak nak dia hilang dari mata langsung hehe. 8 malam aku dah tak boleh makan, sebab sakit sesangat. air mata dah mula menitis. aku gengam tangan husband tak lepas. 9 malam dah sakit sangat2 tapi baru buka dalam 3cm. aku dah mula tak keruan. aku kuatkan semangat untuk tahan…husband urut2 badan aku. air mata mmg tak henti2 mengalir dah.adik aku kol husband. and husband minta bawakan bubur sebab aku tak leh makan nasi. tak leh nak masuk makanan dah sebab sakit sesangat…10.30 camtu adik aku datang dengan mak..mak siap masuk labour room. mak kata 1st time dia masuk tengok anak dia nak bersalin. Yang tak dapat lupa mak baring sekali ngan aku atas katil,urut2 badan aku, bagi semangat. thanks mom. masa ni dah buka 5cm. Lepas mak balik tu…dalam kul 12 lebih dah buka 9cm kot. sekejap sungguh. Doa ibu kan. aku tahu mak mesti tak henti2 doakan aku lepas tengok keadaan aku mcm tu. bila dah buka 10cm kelam kabut nurse kol doc. doc yang aku dah booking tu tak boleh nak mai sebab rumah dia jauh. dia target aku bersalin esok paginya. Alhamdullilah cepat. tak boleh nak bayangkan menanggung kesakitan yang lagi lama.