setahun berlalu

Standard

assalammualaikum…….

setelah setahun tak menulis now im back!!!!!…….
first yang aku terkejut kenapakah status aku begini???…bila masa lak aku lost 3kg 3weeks..tahun bila ni..ke aku dah lupa…adoi ler.
apakah

okay..abaikan jer lah. lantak pi kat dia. sekarang aku dah ada 2 anak okay. mcm tak percaya. nanti i perkenalkan my 2nd hero in my heart..my pengarang jantung penglipur lara kekanda ewahhhh hehe. marah bapaknyer. mana nak cerita dulu ni. kita start dengan cerita yang gembira gembira dulu macam soda gembira tu.

apa yang gembira setahun yang lepas.

+ keja dah makin stabil. dah makin happy dok di penang ni. dah makin banyak tau tempat2 nak menghabiskan duit. dah jumpa kawan yang sehati sejiwa..

+ family members dah bertambah…dah dapat sepasang.alhamdullilah syukur YA ALLAH. moga bahagia kami dunia akhirat

apa yang sedih setahun yang lepas

+ masih mencari rumahku syurgaku….landed house.rumah dah semakin mahal. penang pun bukan main lagi regenyer. mencekik.tu lah realiti kehidupan.

+ kesihatan alessya yang tak berapa baik. baby lahir jer dia masuk wad sebab demam. (tetiba  ada orang cuit pinggang aku..terkejut makcik!!husband aku masuk opis sebab kol tak berangkat. ) ok nak balik babai….

MALUKAH KITA???

Standard

 

Petang itu aku pergi mencari barang-barang dapur dan keperluan harian..Melihat aku dan anak –anak lelakiku menaiki kereta…bapa mentua menyapa untuk ikut sekali..mungkin bapa  sengaja mahu mencari angin luar..anak jiranku turut menumpang..sampai di kedai..aku membeli barang2 yang siap ditulis oleh isteri..hampir RM200 semuanya..tapi,aku tak pelik..barang2 sekarang sememangnya sudah semakin mahal..seterusnya..kami pergi pula ke Hari-Hari..anak jiranku yang mengikut tadi mahu mencari baju..aku dan bapa sekadar menunggu di dalam kereta..

“Sikit je motor..kereta yang banyak..”bapa mentuaku memulakan perbualan..

Aku memandang ke arah jalan..ya!memang kereta yang banyak..

“Kalau dulu..orang jalan kaki..lepas tu naik basikal..kemudian naik motor..sekarang sume dah pakai kereta pulak..” bapa mentuaku menambah..

“Haah bapa..”

“Dunia makin indah..manusia makin kurang iman..”spontan kata-kata ini keluar dari mulut bapa mentuaku..

Hmm..betul tu..

“kenapa kurang iman?sebab manusia sekarang sudah semakin hilang rasa malu..” bapa mentuaku  menyambung.

Aku diam..memikirkan kata-kata bapa mentuaku…ya!memang benar apa yang bapa mentuaku katakan..memang ramai manusia yang tak tahu erti malu skrg..

Benarlah seperti sabda Rasulahhah SAW:-

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini,sebab itu mintalah dengan Allah untuk keduanya.”(Bukhari)

Berbicara soal malu..tahukah kita.. malu termasuk dalam cabang iman..rasa malu pada Allah, pada sesama manusia mahupun pada diri sendiri..

Hadis Abu Hurairah r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.

Kerana ada rasa malu..seorang wanita itu menutup auratnya dengan sempurna kerana khuatir dilihat orang..kerana rasa malu dengan tudung labuh atau songkok yang dipakai..mereka yang berpakaian begini malu untuk buat sesuatu yang tidak baik..kerana rasa malu pada Allah..seseorang itu menjadi takut untuk membuat maksiat atau dosa sekalipun waktu itu tiada manusia melihatnya..tetapi krn rasa malu pada Allah..maka dia berusaha melawan nafsu..

Hadis Imran Bin Husaini r.a

Nabi SAW telah bersabda :Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.

Ya!Sifat malu bisa mendatangkan kebaikan..Namun, apa yang menakutkan sekarang..manusia sudah tidak ada rasa malu..sama ada lelaki..mahupun perempuan..sama sahaja..kerana tiada rasa malu dalam diri..ada yang tidak kisah memakai pakaian yang menjolok mata..kerana tiada rasa malu, ramai yang tidak kisah memaparkan gambar yang tidak menutup aurat pada umum..mahupun meletak gambar dengan reaksi wajah yang entah apa-apa dan mengaibkan di dalam facebook.. kerana tiada rasa malu..manusia tidak kisah berpeluk-pelukan..berpegangan tangan..melakukan adegan tidak sepatutnya di depan khalayak umum.. kerana tiada rasa malu manusia tidak kisah meletak gambar dengan bukan muhrim yang terang-terangan satu dosa.. ya!kita menyebarkan aib kita sendiri..kita yang membuka aib kita kepada umum..apakah kita termasuk dalam golongan yang tak tahu malu??

Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda:

“ Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang” (Baihaqi)

Abdullah ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. “ engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu”. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah bersabda “ Tinggalkanlah dia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman” (Bukhari)

Subhanallah! Betapa pentingnya untuk sifat malu itu ada dalam diri kita, namun sayang bilamana sifat malu itu kian hilang dalam diri hamba.

Hadis riwayat Saidatina Aisyah ada menyebutkan “ Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita muhajirin. Apabila yata hijab turun dan ayat diperintahkan melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka” (Abu Dawod)

Tidakkah kisah wanita muhajirin ini bisa kita jadikan contoh?? Setelah turun ayat hijab, maka mereka segera melabuhkan tudung mereka dengan mencarik kain demi untuk menutup kepala mereka? Kerana apa? Ya! Sudah tentu kerana ia adalah perintah Allah dan kerana adanya rasa malu dalam diri mereka.

Tapi, fenomina ummah Islam yang kita lihat sekarang betapa ramai yang tahu tentang aurat.. Tapi masih megah membukanya, menayangnya kepada umum. Tidak segan berpakaian ketat, tidak risau dengan liuk tubuh yang mungkin diperhati. Tambah dahsyat bilamana suami sendiri tidak pernah tahu untuk menegur isteri yang tidak menutup aurat dengan betul, ditambah pula dengan ibu bapa yang juga tidak kisah dengan gaya pakaian dan aurat anak-anak.

AllahuAkbar…! Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini? Aku sendiri hanya mampu menegur yang kadangkala teguran itu berlalu dibawa angin.

Saudara-saudariku yang dirahmati Allah,

Hidup kita di dunia ini sementara cuam.. sampai masa yang ditakdirkan… kiata akan pergi mengadap Ilahi, dan bila sampai waktu itu.. kita takkan boleh lari… takkan boleh berganjak walau seminit. Kematian itu tidak mengira tua atau muda.. dalam keadaan sakit atau tidak sakit….. sampai masa ia datang… maka pergilah kita mengadapNya. Perbanyakkanlah mengigati Allah, bila kita ingat Allah… kiata akan rasa dekat dengan Allah… kita akan rasa takut dengan Allah… rasa takut itulah yang melindungi kita dari berbuat maksiat dan dosa sesuka hati… dari melanggar perintah Allah.. yang membuatkan kita rasa malu pada Allah.

Peringatan ini aku dahulukan untuk diriku yang sentiasa alpa ini, untuk ahli keluargaku dan seterusnya saudara-saudari seIslamku, jika benar kamu mengaku kamu ORANG ISLAM… semoga MALU itu ada dalam diri kamu.

Rasulullah saw. bersabda

Setiap cara hidup ada karektornya, dan MALU itu adalah karektor Islam”

“WALLAHU’ALAM BIS SOWAB BI IZNILLAH”

copy from ustaz syukur

Virakwan wedding day

Standard

Dapat juga pergi wedding virakwan. Teringin nak tengok mcm mana wedding org siam. Virakwan dah sediakan makanan untuk org melayu. Mmg diasingkan. kalau tengok bahasa, cara pergaulan, makanan lebih kurang melayu. kadang2 muka pun nak sama mcm melayu…sweet betul baju virakwan pakai. petang pakai dress pulak tapi tak sempat nak tengok. kena balik office sebab kenduri hari Rabu. Budaya siam depa akan pilih tarikh mcm tilik lah. cara dia lebih kurang mcm tarikh lahir pasangan digabungan untuk dapat tarikh perkahwinan(v, betul ker ni hehe..).

sejak dah mengajar kat PSP ni mmg lama tak jumpa kawan2 kat ptss(politeknik syed sirajuddin,perlis) so, ambik kesempatan pergi kenduri virakwan sambil2 jumpa depa.

hilang rindu kat ampa semua. Teringat zaman2 dok jauh ngan husband dulu. paling sedih bila mengandung makan pun tak lalu(kisah sedih).

muka alessya yang terkejut tengok pengantin cantek sangat. boleh plak time pergi kenduri virakwan ni dia buat hal tak nak kat mak dia. sampai kan member tegur cakap “awat anak hang taknak kat hang ni,” depa tak tau kalau dia nak tidor mesti kena bau ketiak mak dia dulu baru lena tidor hehehehe….(BF kan…)

 

saya sangat suka PURPLE

Standard

carpet purple beli kat kedai bangla dari rm350 dapat kurang ke rm250..sebab dah biasa dengan kedai ni.

teringin nak make over ruang tamu kaler purple. tapi pulus tak berapa nak mengizinkan lagi..

nak ganti langsir, sarung bantal..eeemmm all needs money!!!..tunggu lah nanti

akan aku usahakan hehehe…….

sian carpet ni sorang2 dia jer kaler purple..sabarnyer carpet skit hari lagi kamu adalah geng hehe

dan aku hehehe…tudung purple arini dengan baju korporat kaler purple jugak!!!..luv u PURPLE!

 

Pil tambah susu

Standard

Bagi ibu2 yang menyusukan anak mesti risau bila susu mula merundum kan. aku pun mcm tu jugak.susah nak maintain production kalau menjadi seorang ibu yang berkerjaya mcm aku kononnyer!!!!. awal2 penyusuan dulu mmg sangat risau dan tension mcm2 makanan try makan. susu halba, jantung pisang, soya mcm2 lagi lah…

kita hanya mencuba dan berusaha disamping berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t supaya dipermudahkan segala urusan kita. aku bukan nak promote pil tambah susu. dan aku bukan dealer kepada produk susu yang aku makan ni. sekarang aku cuma maintan ubat ni sahaja disamping mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk kesihatan anak dan juga badan sendiri.  Safiyya pun dah masuk setahun. dah mula makan solid food.so, susu dah mula kurang. alhamdullilah…setakat ni cukup untuk stok dia hari2. tapi stok mmg dah tak beriah mcm dulu. susu beku pun ada 3 botol jer.kalau kena pergi kursus seminggu tinggal anak aku pun tak tahu nak buat mcm mana.

Bagi aku siapa yang fully BF sampai 6 bulan aku dah respect!!…bukan senang nak maintain production dan nak displin pumping hari2 di office. so, to mommies out there saya tabik spring pada kamu yerrrrrr…..

aku pam 2x,pagi and petang. pagi dalam 11.00pg,tengok pada class.kadang2 kul 12 baru pam. semester ni plak kelas kul 8 memanjang. busy mcm mana pun aku try my best to manage my time well.

 

aku pelupa

Standard

aritu boleh plak aku terlupa nak masukkan pampers dalam bag safiyya

dan aritu juga hset teringgal kat office masa gi class.

sampai jer office tengok punyalah banyak mc and call.selamat kelas kul 8-10pg jerk…

kak saba(BS safiyya) call n msg bgtau “zaza pampers anak tak bawak ker??”

tepuk dahi aku……alahai mcm mana aku boleh lupa nak letak pampers safiyya!!!!!!!!

lepas jer incident itu terus buat checklist letak kat fridge…

dan selepas itu hidup aku tenang dari call or msg  kak saba almost setiap pagi hehehehe…….